Doa adalah senjata orang mukmin.Oleh itu sentiasalah berdoa kepada ALLAH s.w.t.agar diperkuat dan di pelihara iman kita.
Yakinlah apabila setiap kali berdoa,kerana Doa itu mendekatkan diri kita dengan ALLAH S.W.T.
2.Memperbanyakkan amalan-amalan sunat
seperti solat,puasa dan lain-lain.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
"Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah puasa Nabi Daud dan solat dan solat yang paling disukai Allah s.w.t
ialah solat Nabi Daud."
3.Membaca AL-QURAN
Bacalah Al-Quran beserta tafsirnya supaya kita sentiasa bermuhasabah diri.
Dengan membaca serta memahami dan mengamalkan segala isi kandungan
al-Quran bukan sahaja dapat memupuk jiwa yang tenang membentuk keperibadian muslim sejatimalah mendapat ganjaran
yang lebih besar dari Allah s.w.t.
4.Melakukan Sembahyang Malam
Firman Allah yang bermaksud:"Dan bangunlah dari sebahagian waktu malam dan kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya,sebagai sembahyang tambahan bagimu;
semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."(Surah al-Isra':79)
5.Sentiasalah Berzikir
Zikir adalah terapi hati yang paling berkesan dan boleh mendatangkan ketenangan
jiwa dan fikiran.Malah Nabi sendiri memperkatakan mengenai zikrullah ini.Abullah Bin Busr meriwayatkan Rasulullah ditanya seseorang:"Wahai Rasulullah,banyak syariat islam saya ketahui.sekarang,beritahu saya sesuatu yang sentiasa dapat saya lakukan!"kemudian Rasulullah bersabda:"Basahai lidahmu dengan berzikir kepada Allah."(Hadis riwayat At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ahmad).
6.Bersedekah
Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyakkan
sedekah,hal itu di maksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita
menjadi bertambah berkat.
7.Menghadiri Majlis Ilmu
Ganjaran berada di majlis ilmu terlalu besar di sisi Allah s.w.t Daripada Abu Darda' r.a berkata:
Aku telah mendengarNabi s.a.w bersabda:"Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia
telah menjalani satu jalan daripada jalan-jalan syurga.Sesungguhnya para malaikat menghamparkan
sayapnya kerana redha bagi orang-orang yang menuntut ilmu..." (Hadis Riwayat Abu Daud).
8.Zuriat Yang Soleh Dan Solehah
Didiklah anak-anak dengan pendidikan agama yang sempurna.Dari Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Bila seorang hamba telah meninggal,segala amalnya terputus,kecuali
tiga hal:Amal jariyah,Ilmu yang bermanfaat taua anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Bukhari,dalam Adabul Mufrad).