Saturday, December 24, 2011

Kahwin Lambat Punca Kesuburan Turun???


Assalamualaikum teman-teman yang masih bujang lagi tu...ada beita baik untuk kita.Satu fenomena di zaman kita sekarang ini yang menjadi trend orang cakap la bukan aku ya...hihii..kahwin lambat jadi punca kesuburan menurun sejak kebelakangan ini.Sumber rujukan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini la...
 Menurut statistik itu berdasarkan indikator demografi Malaysia,kadar bilangan kelahiran pada tahun 2010 mencatatkan sebanyak 475,816 bayi berbandingan 549,543 pada tahun 2000.Ia membabitkan penurunan sebanyak 73,727 dalam tempoh 10 tahun.
 Antara sebab Utama punca tersebut ialah Kos Pernikahan yang terlalu tinggi di kalangan pasangan...memang betul la tu...kerana kos hantaran yang di minta pihak perempuan selalu tinggi...nak meriah sangat,nak tunjuk sangat kemeriahan perkahwinan,seumur hidup sekali la konon...Dah la semua barang meningkat naik yang tak pernah surut....Haiya...pening ini Lelaki..tara kesian ka???Aku pun kesian juga...hahhaha....
 Faktor lain juga ialah Lelaki mahu memantapkan kerjaya sebab mau kumpul duit hantaran tu ba...lain la perempuan mau memantapkan kerjaya supaya tidak mau bergantung duit sama suami...Haiya..tapi masih lagi mau Lelaki keluarkan semua belanja kahwin...cepat la rambut lelaki beruban macam tu...hihihihi....masing-masing nda mau kalah ba kan....Lelaki mau saja kahwin...tunggu Que dari perempuan saja la...huhuhu...
Bagi perempuan yang nda bekerja pun sama minta yang bukan2...sampai pening lelaki mau kumpul...lama-lama botak la kepala lelaki tu..hahahaha...bukan salah perempuan tu juga..tapi ni mesti keluarga perempuan tu yang mau itu la ini la...bukannya lelaki tu kahwin dengan keluarga perempuan tu pun...Ada pula tu wanita mementingkan kerjaya sangat sampai lupa dah Andartu...hahaha...
 Tapi menteri tu sebut rupa paras yang nda cantik pula jadi punca utama lelaki lambat kahwin ataupun wanita nak yang hensem saja...betul juga la tu..Apa yang aku tengok sekarang pun nda la begitu teruk...Ramai juga nda mementingkan paras rupa..tapi paras duit poket ada la....'janji aku senang' kata wanita tu la...hahahaha..adakah lagi begitu....kita pun nda tau la juga..Tapi itu semua Jodoh di tangan Yang Maha Kuasa..
 Ada jodoh ada la tu..tidak akan lari gunung di kejar juga...Takdir yang menetukan...tetapi kita perlu la juga berusaha,walaupun kita nda tau siapa pasangan kita sebenarnya.Jangan terlalu takut untuk bercinta...putus cinta tu adat percintaan la...memang la sakit dan pedih yang di rasa..itu bukan alasan sebenarnya...kerana kita cuma di uji....Jadi bagi pasangan yang bercinta di luar sana kalau mau kahwin tu jangan tunggu lama- lama...jangan minta lebih...yang paling Mustahak dan penting sekali ialah Nikah yang SAH!!! bukan hantaran MATERIALISTIK...hantaran itu cuma adat...buat ala kadar cukup la...Termasuk aku la juga ni...hihihi...
Peace!!!